Senarai Produk Hebat Paling Laris Jualan Online Pada Tahun 2008 - 2009. Pastikan Anda Tidak Ketinggalan Mendapatkannya!

 
 

SOALAN LAZIM!
 
 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

SOALAN

Soalan- soalan Lazim yang Ditanya ( Power Tune )

1

Adakah penggunaan alat penjimat elektrik Power.Tune ini sah di sisi undang-undang Malaysia?

 

Ya. Penggunaan alat ini adalah sah di sisi undang-undang Malaysia. Sebarang pengubahsuaian sebelum meter adalah tidak sah. Alat ini dipasang selepas meter iaitu pada litar dalaman premis.

 

2

Adakah Power.Tune dapat mengurangkan bil elektrik saya?

 

Ya. Alat ini direka untuk menjimatkan bil elektrik anda. Berdasarkan kepada maklum balas daripada pelanggan-pelanggan, penjimatan sebanyak 25% direkodkan pada penggunaan biasa. Peratus penjimatan bergantung kepada jenis beban (alat elektrik) dan penggunaannya. Dalam sesetengah keadaan, penjimatan melebihi 30% direkodkan terutama pada kedai, pejabat dan industri ringan.

 

3

Kenapa anda meletakkan peratus penjimatan sebanyak 25% bukannya 30%, 40% atau 45% seperti jenama lain?

 

Peratus penjimatan adalah berbeza-beza bergantung kepada jenis peralatan elektrik yang digunakan. Kami meletakkan nilai yang realistik iaitu 25% walaupun sesetengah pengguna menikmati penjimatan melebihi 30%. Ada alat elektrik yang mendapat penjimatan melebihi 50% manakala yang lain merekodkan penjimatan antara 5% hingga 20%. Secara purata, penjimatan yang diperoleh adalah sekitar 10% hingga 25%.

 

4

Adakah sebarang sijil dikeluarkan untuk mengesahkan alat ini selamat digunakan?

 

Power Tune telah melalui ujian keselamatan, prestasi dan kebolehharapan (reliability) yang telah dijalankan oleh badan-badan pensijilan dalam dan luar negara. Alat ini telah diuji oleh SIRIM dan mematuhi EN61000-6-3, EN61000-3-2, EN61000-3-3 dan EN61000-6-1 (keperluan untuk memperolehi sijil CE).

Ujian-ujian yang telah dijalankan:-

1. Power Line Conducted Emission Measurement
2. Radiated Emission Measurement
3. Harmonic Current Emission Measurement
4. Voltage Fluctuation and Flicker Measurement
5. Electrostatic Discharge Test
6. RF Field Strength Susceptibility Test
7. Electrical Fast Transient/Burst Immunity Test
8. Surge Immunity Test
9. Injected Currents Susceptibility Test
10. Voltage Dips and Interruptions Test

 

5

Adakah Power Tune memerlukan sebarang penyelenggaraan?

 

Tidak. Anda hanya perlu pasangkan alat ini pada soket 13Amp yang terhampir dengan suis utama di premis anda dan mula menjimatkan wang.

 

6

Adakah saya perlu membuat sebarang pengubahsuaian kepada pendawaian elektrik?

 

Tidak. Alat ini direka supaya mudah untuk digunakan (plug n save). Anda hanya perlu pasang pada soket 13Amp yang terletak pada dinding dan bukannya pada extension cord.

 

7

Model apakah yang sesuai untuk saya gunakan?

 

Terdapat 2 model Power.Tune, sila rujuk pada jadual dibawah:-
Single Phase
Dari 0 kWH hingga 1,000 kWH - PT-01(1 unit)
Dari 1,000kWH hingga 2,000 kWH -PT-02(1 unit)
3 Phase
Dari 750kWH hingga 3,000 kWH PT-01(3 unit)
Dari 3,000kWH hingga 6,000 kWH PT-02(3 unit)
Dari 6,000kWH hingga 10,000 kWH PT-02(6 unit)
Dari 10,000kWH hingga 15,000 kWh PT-02(9 unit)

 

8

Berapa lamakah tempoh jaminan alat ini?

 

Power Tune mempunyai 12 bulan jaminan daripada pengilang, merangkumi sebarang kecacatan daripada pembuatan atau bahan. Kami juga memberikan 6 bulan money back guarantee. Wang anda akan dikembalikan jika terbukti alat ini tidak menjimatkan bil anda.

 

9

Bilakah saya akan mendapat pulangan pelaburan Return of Investment (ROI) jika membeli alat ini?

 

Berdasarkan kepada ujian yang telah dijalankan dan maklum balas daripada pelanggan, anda akan ‘balik modal’ lebih kurang dalam masa 6 ke 12 bulan. Selepas itu anda akan menikmati penjimatan untuk tahun-tahun yang berikutnya.

 

10

Bolehkah Power Tune dibiarkan ‘on’ secara berterusan?

 

Ya. Power Tune perlu dibiarkan ‘on’ sepanjang masa untuk mendapatkan penjimatan maksimum. Alat ini hanya perlu di`off’kan jika premis ditinggalkan dalam waktu yang lama seperti pergi bercuti dan sebagainya. Sila ambil perhatian bahawa Power Tune menyimpan tenaga elektrik sehingga 3 saat selepas dimatikan. Sila tunggu sekurang-kurangnya 3 saat selepas memadamkan Power Tune sebelum mencabutnya daripada soket.

 

11

Bolehkah saya menggunakan lebih daripada 1 unit Power Tune untuk mendapatkan lebih penjimatan?

 

Pada keadaan biasa, 1 unit Power Tune adalah mencukupi. Untuk model PT-01, 1 unit mencukupi untuk penggunaan single phase di bawah 1000kWH. Untuk model PT-02, 1 unit mencukupi untuk penggunaan single phase di bawah 2000kWH. Jika penggunaan melebihi 2000kWH dan premis anda single phase, 2 unit boleh digunakan.

Syarat-Syarat Jaminan 6 Bulan Wang Dikembalikan

1

Jaminan ini adalah bertujuan untuk melindungi hak anda sebagai pengguna dan juga hak SST Network Enterprise (NS0015603-X) sebagai penjual.

2 Syarat jaminan ini berkuatkuasa mulai 1 April 2009
3 Ini adalah Jaminan Wang Dikembalikan sebenar di mana wang anda akan dikembalikan jika tiada pengurangan bil elektrik selepas menggunakan Power Tune ini.
4 Jaminan ini hanya sah dalam tempoh 6 bulan selepas dari tarikh belian.
5 Bil elektrik anda hendaklah sekurang-kurangnya minima 3 bulan penggunaan Power Tune secara penuh pada setiap bulan. Ini bagi membolehkan perbandingan sebelum dan selepas menggunakan Power Tune dapat dilakukan secara adil.
6 Penggunaan pada tempoh percubaan hendaklah konsisten sepertimana sebelum dan semasa menggunakan Power Tune. Pada tempoh ini anda dicadangkan tidak menambah peralatan elektrik lain atau menggunakannya lebih dari kadar biasa bagi memudahkan perbandingan nanti.
7 Perbandingan akan dilakukan di antara bil-bil elektrik bulan pertama, bulan ke dua dan bulan ke tiga selepas pemasangan Power Tune dengan 2 bulan bil terakhir sebelum menggunakan Power Tune.
8 Oleh yang demikian anda boleh membuat tuntutan wang dikembalikan bermula pada bulan ke empat hinggalah bulan ke enam.
9

Apa yang anda mesti lakukan untuk membuat tuntutan wang:-
a) 3 bulan bil elektrik secara berturut-turut selepas menggunakan Power Tune.

b) 2 bulan bil elektrik terakhir sebelum menggunakan Power Tune.
c) Kad waranti .
d) Resit pembelian yang menunjukkan anda pelanggan SST Network Enterprise (NS0015603-X)
e) Alat Power Tune yang dalam keaadaan baik dan boleh digunakan. Power Tune yang telah rosak tiada jaminan wang dikembalikan.

10 Kami berhak menolak tuntutan anda sekiranya salah satu daripada perkara di atas tidak disertakan ketika membuat tuntutan wang.
11 Wang dikembalikan akan diberikan secara bank-in ke akaun bank anda.
12 Caj perkhidmatan sebanyak RM10 akan ditolak daripada harga setiap unit yang dipulangkan. Contohnya jika anda membeli seunit Power Tune berharga RM228, maka jumlah wang yang akan dikembalikan kepada anda ialah RM228 ditolak RM10 (caj perkhidmatan) = RM218.
13 Kami berhak untuk mengubah polisi ini tanpa sebarang notis.

 

 

 

Untuk Tempahan dan Pembelian,  

Sila Klik Banner Di Bawah. Isikan Borang Tempahan Dengan Lengkap.